Posts

Showing posts from October, 2008

PENYERTAAN

Penyertaan diberi keutamaan kepada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 sahaja a. Sekolah Rangkaian MUSLEH : 250 orang b. Sekolah Rangkaian Pendidikan Islam(RAPI) : 100 orang c. Wakil KRS N9 : 50 orang JUMLAH ANGGARAN : 400 orang a. Seksyen : 13 orang (minimum) b. 1 platun : 3 seksyen c. 1 kompeni : 4 platun (maksimum)

PROGRAM

Image
PERTANDINGAN a. Kem kraf i. Gajet b. Pengucapan awam – syarahan / khutbah ( Tema : Kemanusiaan ) i. Bahasa Inggeris ii. Bahasa Arab c. Kebudayaan i. Teater (Kemanusiaan) ii. Lagu patriotik KRSM d. Reka cipta i. Bahan terpakai ii. Folio e. Merentas halangan f. Ikhtiar hidup g. BaSeD. PENTAULIAHAN a. Lembaga Pengarah MUSLEH b. Pengetua / Guru Besar c. Penolong Kanan Ko-Kurikulum LAWATAN KERJAYA a. Ternakan tenusu b. Sawah padi KHIDMAT MASYARAKAT a. Mengenali Adat Pepatih : Tokoh b. Kg. Wawasan c. Warga Emas ZIARAH a. 100 kenalan baru KEROHANIAN a. Pengisian Ilmu b. Tazkirah c. Solat berjamaah d. Qiamullail e. Tadarus Al-Quran (Khatam Al-Quran) f. Hafazan hadith

OBJEKTIF

Adalah diharapkan diakhir perkhemahan ini para peserta dapat 2.1.Merapatkan ukhwah antara anggota. 2.2.Memberi peluang menambah point dalam markah ko-kurikulum. 2.3.Pertandingan kemahiran, dalam 2 bentuk iaitu bentuk antara sekolah dan antara kumpulan campuran sekolah. 2.4.Mengadakan lawatan sambil belajar dan ziarah. 2.5.Pengisian kebudayaan dan IT . 2.6.Mengadakan khidmat masyarakat.

PENDAHULUAN

Image
Pembinaan pelajar sentiasa diarahkan kepada peribadi yang sempurna (insan kamil) yang melingkupi sihat secara jasmani, baik ruhaniyahnya dan cerdas akal fikirannya. Salah satu dari langkah pembinaan untuk mencapai peribadi insan kamil tersebut, kita telah menggunakan wadah Kadet Remaja Sekolah MUSLEH sebagai media pembinaan pelajar. Kebanyakan aktivitinya dijalankan di peringkat sekolah. Di peringkat kebangsaan pelajar-pelajar hanya dihimpunkan untuk mengikuti kursus kenaikan pangkat dan kemahiran tertentu sahaja, ruang lingkup untuk pelajar berinteraksi sesama sahabat adalah terhad. Atas dasar itu Perkhemahan Nasional ini adalah merupakan sebahagian daripada proses pembinaan pelajar seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Islam